About Us

"Education is not the filling of a pail, but the lighting of a fire"

Saya Noor Azam Md Sheriff atau lebih dikenali dengan nama panggilan Azam Neurmaya, pengasas Neurmaya Academy – sebuah platform pendidikan fotografi yang dilahirkan daripada pengalaman lebih 20 tahun dalam industri fotografi profesional. 

Perjalanan Saya

Perjalanan fotografi saya bermula sejak 1991, dan saya telah menyaksikan sendiri evolusi industri ini – dari era filem hingga digital, dari darkroom hingga editing software, dan kini Artificial Intelligence(AI). 

Latar belakang akademik saya dalam Sains Komputer Majoring in Computer Graphics dari Universiti Teknologi Malaysia, dan Master in Computer-Aided Graphical Technology and Application(CAGTA) dari University of Teesside UK.

Langkah Berani

Pada 2008, saya membuat keputusan berani untuk menjadi jurugambar sepenuh masa, berpindah dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Neur Maya Photography kini dikenali sebagai salah satu jenama fotografi dan videografi dalam segmen telemovie dan perkahwinan mewah terkemuka di Malaysia dan Singapura, melayani segmen pasaran premium termasuk ahli korporat, kerabat diraja, dan tokoh politik.

Antara Profile Saya

  • Jurugambar Rasmi untuk 3 majalah perkahwinan premium (Ratu Sehari, Shaadi, Bridal Guide)
  • Pengarah Fotografi untuk telemovie Mediacorp Singapore (2013-2018)
  • Penceramah Jemputan di Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) dan Singapore Wedding Expo
  • Konsultan Digital Marketing untuk Jakel Group, syarikat tekstil terbesar di Malaysia
  • Pemenang Anugerah Best Cinematographer di Pesta Perdana Singapura 2015
  • Fotografer bagi wedding dan fashion runway oleh Datuk Rizalman Ibrahim dan Datuk Radzwan Radziwill
  • Poster dan BTS Photographer bagi movie Hanyut
  • Wedding Asyraf Datuk Seri Khalid dan Tya Ariffin, Sharifah Farah Soraya Tan Sri Syed Yusuff dan lain-lain

Komitmen Kepada Pendidikan Fotografi

Dedikasi saya dalam pendidikan fotografi bukan sekadar sebagai hobi, tetapi satu komitmen serius yang telah saya buktikan melalui pelbagai platform akademik. Antaranya;

  • Program Executive Diploma in Professional Photography and New Media dengan UTMSpace.  Neurmaya Media sebagai Smart partner dalam menyediakan modul.

  • Program Sijil Eksekutif  Kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).Program ini disponsori oleh Canon Marketing Malaysia.

  • Pensyarah Fotografi IACT College PJ.

    Saya berkhidmat sebagai pensyarah fotografi di IACT College, Petaling Jaya, bagi kursus Diploma in Broadcasting dan A

neurmaya-academy-azam-photography-videography-online-learning-sabah-muzium

Misi Neurmaya Academy

Saya mencipta Neurmaya Academy kerana saya percaya setiap jurugambar berhak mendapat peluang untuk berjaya. Saya faham cabaran yang anda hadapi – terutamanya dalam pasaran yang kompetitif ini

Harapan Saya

Melalui platform ini, saya berkongsi ilmu fotografi, art of seeing, editing foto dan video, strategi perniagaan, kemahiran branding, social media marketing, artificial intelligence dan teknik digital marketing yang telah membantu saya mencapai kejayaan. Saya percaya fotografi bukan sekadar tentang kemahiran teknikal, tetapi juga pemahaman mendalam tentang perniagaan dan pemasaran.

Mari bersama-sama kita tingkatkan kemahiran anda, kembangkan perniagaan fotografi atau APA JUA BUSINESS ANDA dan capai impian menjadi jurugambar profesional yang berjaya.

Noor Azam Md Sheriff

Shopping Cart