Business Coach untuk Photographer #1 Malaysia

Anda ada bakat.
Tapi kenapa masih susah nak dapat
client yang bayar harga yang anda deserve?

Neur Maya Academy lahir bukan untuk ajar anda cara pegang kamera semata-mata β€” tapi untuk bagi anda sistem perniagaan fotografi yang lengkap, terbukti, dan disesuaikan untuk pasaran Malaysia.

30+ Tahun Dalam Industri 500+ High-End Wedding 3 Kolaborasi Universiti Malaysia & Singapura
Scroll
Noor Azam Md Sheriff β€” Pengasas Neur Maya Academy
30+ Bro Azam untuk
Keusahawanan & Business Growth
Pengasas Neur Maya Academy

Noor Azam
Md Sheriff

Business Coach untuk Photographer Β· Jurugambar Profesional Β· Pendidik

Bagi saya, fotografi bukan sekadar kerja β€” ia adalah cara saya merakam kehidupan pada saat paling bermakna. Setiap majlis perkahwinan yang saya liput, saya bukan sekadar menekan shutter. Saya perhatikan emosi, ekspresi, dan momen yang berlaku antara pasangan dengan orang-orang yang mereka sayangi. Tugas saya adalah membekukan momen itu β€” seindah cara mereka mengingatnya di dalam hati.

Perjalanan saya bermula sejak 1991 β€” dari zaman filem analog hingga ke era Artificial Intelligence hari ini. Perlahan-lahan, satu wedding demi satu wedding, saya mula memasuki segmen yang saya sendiri tidak pernah bayangkan di awal kerjaya β€” merakam lebih daripada 500 majlis perkahwinan high-end termasuk kerabat diraja, tokoh korporat, dan artis ternama di Malaysia dan Singapura.

"Sebelum jadi jurugambar sepenuh masa, saya pernah mengajar sebagai pensyarah dalam bidang sains komputer. Pengalaman itu mengajar saya cara menyampaikan ilmu dengan jelas β€” dan ia juga yang membentuk cara saya memahami seni, teknologi, dan bisnes secara serentak dalam satu kerjaya."

Kini, melalui Neur Maya Academy, saya kongsikan segala sistem, strategi, dan pengalaman sebenar itu β€” supaya anda tidak perlu ambil masa bertahun-tahun seperti saya untuk sampai ke tahap yang sama.

Perjalanan Yang Membentuk Neur Maya Academy

Dari Seberang Perai
Ke Panggung Antarabangsa

Setiap shutter, setiap kegagalan, dan setiap kejayaan β€” semuanya ada dalam program yang saya bina untuk anda.

1991

Api Fotografi Mula Menyala

Saya mahukan sebuah kamera sejak dari sekolah rendah. Ramai moment berharga berlalu tanpa gambar kenangan. Abah kata, "Duit tak ada, nak beli macam mana." Tapi dalam diam, saya dah nampak dalam minda saya β€” setiap angle, setiap framing, setiap momen yang saya nak rakam. Saya tahu saya perlu ada kamera sendiri satu hari nanti. Itu bukan sekadar impian, itu sudah menjadi cara saya melihat dunia sekeliling saya.

Zaman awal Azam dalam fotografi
1993 β€” UTM Skudai

Universiti: Di Sinilah Asas Dibina

Di UTM, saya aktif dalam Kelab Fotokreatif β€” meliput event diraja, hujung minggu keluar shoot wedding untuk poket money. Job wedding pertama saya masa umur 18 tahun β€” naik motosikal 100cc redah hujan 2 jam ke Felda Taib Andak. Sampai balik asrama pukul 3 pagi. Tapi saya tak rasa penat pun. Sebab saya in love dengan proses ini.

Kelab Fotokreatif UTM
2008 β€” Langkah Berani

Tinggalkan Kerja Tetap. Berpindah ke KL.

Orang ramai kata saya gila. Saya tinggalkan kerja tetap dan berpindah dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dengan satu matlamat β€” jadi jurugambar sepenuh masa. Masa tu saya ada kemahiran teknikal. Tapi saya tidak ada sistem bisnes yang betul. Harga main agak. Marketing bergantung hanya pada blog fotopages. Kegagalan itu yang ajar saya paling banyak.

"Kemahiran teknikal membawa anda masuk ke dalam industri. Tetapi bisnes skill yang betul adalah yang menentukan sama ada anda kekal atau hilang."

β€” Azam Neurmaya
2013 β€” 2018

Director of Photography β€” Mediacorp Singapore

Satu tawaran yang mengubah trajektori kerjaya saya β€” saya telah diambil sebagai Director of Photography (DOP) bagi pembikinan telemovie untuk Mediacorp Singapore. Selama lima tahun, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahasa visual setiap produksi β€” dari sudut kamera, pencahayaan, hingga keputusan akhir setiap frame yang penonton saksikan. Pengiktirafan datang pada 2015 apabila saya memenangi Anugerah Best Cinematographer di Pesta Perdana Singapura β€” penghormatan tertinggi dalam industri produksi Singapura.

Azam Neurmaya β€” Director of Photography Mediacorp Singapore
Neur Maya Academy

Kenapa Academy Ini Wujud

Setiap kali saya berkongsi ilmu β€” di universiti, seminar, workshop β€” saya dengar keluhan yang sama: "Saya tahu ambil gambar, tapi tak tahu nak dapat client. Tak berani charge harga patut." Masalah mereka bukan teknikal. Masalah mereka adalah bisnes. Neur Maya Academy wujud untuk selesaikan masalah itu.

Azam mengajar pelajar Neur Maya Academy
"
Saya tidak ajar dari buku teks.
Saya ajar dari 500+ wedding sebenar,
dari setiap kegagalan dan dari kejayaan yang terbukti.

Itulah perbezaan Neur Maya Academy. Setiap strategi yang anda pelajari adalah strategi yang saya sendiri telah uji dalam pasaran Malaysia dan Singapura β€” bukan copy-paste dari youtube.

Kenapa Pilih Neur Maya Academy

Bukan Kursus Fotografi Biasa.
Ini Adalah Full Funnel Marketing System.

Kami mengajar melangkaui aspek teknikal β€” kami mengajar cara membina satu brand yang kuat untuk memasuki dan kekal dalam pasaran premium.

Pengkongsian Ilmu Sebenar
πŸ†

Pengkongsian Ilmu
Dari Pengalaman Sebenar, Bukan Teori

Hasil dari peluang merakam lebih daripada 500+ majlis perkahwinan high-end di Malaysia dan Singapura β€” meliputi segmen kerabat diraja, korporat, dan artis ternama. Setiap teknik yang kami kongsikan telah diuji dalam situasi sebenar, bukan dari buku teks.

Fokus Bisnes
πŸ“ˆ

50% Teknik.
50% Strategi Bisnes.

Di Neur Maya Academy, anda bukan sekadar belajar cara ambil gambar cantik. Anda belajar cara pricing tanpa rasa bersalah, cara dapat client premium, cara bina brand yang disegani β€” dan cara buat income konsisten dari passion anda.

Konteks Malaysia
πŸ‡²πŸ‡Ύ

Strategi Yang Berkesan
Untuk Pasaran Malaysia

Strategi dari US dan UK tidak semestinya berkesan di Malaysia. Saya faham budaya client tempatan, persaingan lokal, dan platform yang betul untuk reach audience Malaysia β€” sebab saya sendiri berniaga di sini selama lebih 30 tahun.

Kursus Fotografi Biasa

βœ• Ajar teknik kamera sahaja
βœ• Tiada strategi pricing
βœ• Formula dari luar negara
βœ• Tiada mentoring selepas kursus
βœ• Ajar oleh pengajar akademik
vs

Neur Maya Academy

Teknik + Sistem Bisnes Lengkap βœ“
Strategi Pricing & Client Acquisition βœ“
Disesuaikan Untuk Pasaran Malaysia βœ“
Sokongan Komuniti Berterusan βœ“
Diajar Oleh Pengamal Industri Aktif βœ“
Ringkasan Perkongsian Pencapaian

Track Record Sepanjang
Penglibatan Kami

Antara klien dari institusi terbaik di Malaysia dan Singapura.

Pengiktirafan Industri
Best Cinematographer β€” Pesta Perdana Singapura 2015 πŸ† Award Winner
Penceramah Jemputan β€” Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) Pembentang Khas
Penceramah Jemputan β€” Singapore Wedding Expo Singapura
Media & Penerbitan
Jurugambar Rasmi β€” 3 Majalah Perkahwinan Premium Ratu Sehari Β· Shaadi Β· Bridal Guide
Pengarah Fotografi β€” Telemovie Mediacorp Singapore 2013 – 2018
Poster & BTS Photographer β€” Filem Hanyut Produksi filem Malaysia
Kerjasama Akademik
Smart Partner β€” Executive Diploma in Professional Photography UTMSpace, Universiti Teknologi Malaysia
Program Sijil Eksekutif Fotografi UIAM β€” Ditaja Canon Marketing Malaysia
Pensyarah Fotografi β€” Diploma in Broadcasting IACT College, Petaling Jaya
Klien & Kolaborasi Korporat
Petronas Dagangan Qatar Energy City Puncak Niaga Putrajaya Holdings Malaysia Symphony Orchestra Jabatan Audit Negara Ministry of Natural Resources Ministry of Tourism MK Land QSR Holdings Jakel Holdings Sunway Medical Centre PICC UiTM IACT College Cyberjaya University Rizalman Ibrahim Radzuan Radziwill Nas Great Idea Olyconcept Sdn Bhd Seri Green Garden & Landscape Medialicious Rumpun Selera Sdn Bhd Hafa Event & Catering
Azam di event formal
Azam sedang shoot wedding
Kolaborasi dengan media dan tokoh ternama
Ikuti Perjalanan Saya

Kalau Anda Ingin Tahu Lebih Lanjut
Sebelum Membuat Keputusan

Ikuti saya di media sosial untuk mendapatkan tips fotografi & bisnes percuma setiap minggu. Di Instagram, anda juga boleh lihat portfolio wedding dan kerja-kerja terbaru saya secara langsung.

Setiap gambar yang saya kongsi, setiap tip yang saya berikan adalah dari hati yang inginkan kejayaan untuk semua.

Saya percaya: jurugambar yang berjaya hari ini adalah jurugambar yang belajar cara bina bisnes, bukan sekadar bina portfolio.

Azam Business Coach untuk Fotografer

Shopping Cart