Kenapa Perlu Junior Photographer Ikut Senior Dulu?

Assalamualaikum semua!

Saya nak share sikit pengalaman dengan adik-adik yang baru nak start dalam dunia fotografi perkahwinan ni.

Ramai yang tanya saya, “Bang, macam mana nak start? Equipment mahal Bang. Tengok la harga Sony A7IV berapa. Second hand pun mau dekat RM8000 tak masuk lens. ”

Korang tahu tak? Rahsia yang paling best untuk start dalam industri ni adalah dengan jadi pembantu photographer senior.

Kalau korang ada Canon 5D MK III ker yang lama tu dengan lens basic dan flash, ko mula saja.

Ya, start sebagai second shooter atau assistant. Saya sendiri dulu start macam tu jugak. Pakai Nikon FM2, lens 35-70mm dengan Flash harga RM40 Archiever. Kalau campur zaman assistant dengan run company sekarang dah 30 tahun dalam industri ni.

Kenapa Perlu Start Sebagai Assistant?

First sekali, korang dapat tengok cara senior communicate dengan client. Ini penting! Bukan senang nak handle pengantin yang stress, mak andam yang demanding, dan keluarga yang ada macam-macam request.

Saya pernah kena group photo “sekampung” beratur depan pelamin. Dekat pukul 7 malam group photo tak habis lagi.. Padahal janji sampai pukul 5PM saja. Situation macam tui nak handle macam mana?

Senior photographer dah ada pengalaman handle semua ni dengan professional.

Kedua, korang dapat belajar shooting style yang professional. Ini bukan pasal teknikal je. Tapi lebih kepada “ada mata” untuk capture moment.

Macam mana nak predict bila moment best akan jadi, angle mana yang paling cantik, dan timing yang tepat untuk shoot.

Ketiga, dan ini yang ramai orang tak perasan – cara bawa diri dalam majlis.

Ini bukan pasal teknikal photography, tapi lebih kepada adab.

Kalau majlis ada vip korang ada pengalaman dengan protokol.

Macam mana nak bergerak dalam majlis tanpa mengganggu tetamu, cara collaborate dengan videographer, dan moment-moment yang memerlukan korang pandai menyelit untuk dapat spot yang paling best.

Keempat, korang dapat belajar workflow professional. Dari cara backup file sampai lah cara edit dan deliver ke client. Ini semua ada system dia. Bila korang dah faham workflow ni, senang nanti bila dah start sendiri.

Ke lima dan ini yang paling best – networking! Bila korang assist senior photographer, korang dapat kenal ramai orang dalam industri ni. Dari vendor-vendor lain sampai lah potential client. Trust me, connections ni sangat penting untuk grow business nanti.

 

Tips Dari saya:

  • Jangan risau pasal equipment dulu
  •  Focus untuk belajar sebanyak mungkin
  • Buat notes setiap kali shoot
  • Tanya soalan bila tak faham
  • Hormati senior dan belajar dari pengalaman dia
  • Jangan minta payment. Gambar korang silap-silap sekeping pun tak boleh pakai masuk album

 

Yang penting ko jangan upload sebelum senior tu upload dan jangan claim tu job kau.

Remember, semua orang start dari bawah. Yang penting adalah niat untuk belajar dan kesanggupan untuk humble yourself. InsyaAllah, bila dah dapat basic yang kukuh, senang nanti nak develop style sendiri.

Lebih lama korang menghambakan diri, lebih cepat untuk syarikat sendiri naik

Kalau baru jadi assistant sekali dua dah buka terus jalan sendiri, bukan tak ok, orang kata telur tu separuh masak pun belum. Masih tahap telur mentah.

Ada soalan? Drop je kat comment section. Saya sentiasa happy nak share pengalaman dengan korang semua! 😊

 

Azam

Principal Neurmaya Academy

 

Like our Facebook Page

Buy Our Ebook: Wedding Photography Business: Cara Menjana Pendapatan 5 Digit (Link)

#WeddingPhotography #PhotoTips #IndustrySecrets #Photography101

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart