Adakah anda pernah terfikir bagaimana rasa berjalan melalui mesin masa dan melihat Malaysia 100 tahun yang lalu?


21 Ogos 2025, saya berkesempatan melawat Papan, Perak – sebuah bandar yang ramai orang panggil “bandar hantu”. Asalnya saya nak recce saja. Saya tak bawa camera pun, fikir hanya nak snapshot saja. Tapi terjebak juga upload di media social.
Sebelum pegi saya rasa biasa biasa saja, tapi bila dah sampai dan baca info dari Tourist Information Centre, baru saya tahu khazanah tersembunyi yang menunggu. Terutama sekali street photographer, memang akan teruja. Sila go thru sampai habis baru anda tahu kenapa saya kanatan “Papan, Perak: Syurga Tersembunyi Street Photography yang Ramai Tak Tahu!”
Kisah Papan: Dari Kekayaan ke Kesunyian
Meh saya ceritakan kisah yang menarik tentang Papan. Nama “Papan” bermaksud papan kayu dalam Bahasa Melayu. Pada tahun 1840-an, bandar kecil ini mula terkenal dengan industri pembalakan kayu chengal yang berkualiti tinggi. Kayu-kayu ini digunakan untuk membuat bot, bangunan dan perabot mewah.

Tetapi revolusi sebenar bermula pada tahun 1875 apabila British memberikan hak perlombongan bijih timah kepada Raja Asal, seorang ketua Mandailing dari Sumatera. Selepas beliau meninggal dunia pada 1877, anak saudaranya yang bernama Raja Bilah mengambil alih dan menjadikan Papan sebagai pusat pentadbiran perlombongan bijih timah di Lembah Kinta.
Bayangkan – pada zaman keemasannya sekitar tahun 1900-an, Papan mempunyai lebih 2,400 penduduk! Bandar ini dilengkapi dengan kilang, balai polis, pasar, pejabat majistret, teater opera Cina, dispensari, pejabat pos, sekolah, kuil, dan penjara sejak 1887. Malah, banci British pada 1891 menunjukkan Papan sebagai bandar ke-5 paling ramai penduduk di Perak!
Tragedi yang Mengubah Segalanya
Namun, takdir berkata lain. Beberapa peristiwa menyebabkan kejatuhan Papan:
- Rusuhan Papan 1887 – Pergaduhan di rumah pelacuran berkembang menjadi rusuhan besar-besaran yang melibatkan 18,000 orang dari dua kongsi gelap yang bermusuhan
- Kebakaran besar pada awal 1900-an yang memusnahkan sepertiga daripada bangunan
- Pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
- Kerap terjadi banjir(Bah besor 1967): Banjir yang tinggi sehingga paras dada yang banyak menyebabkan kemusnahan
- Darurat Malaya (1948-1960) yang menjadikan kawasan hutan sekitar tidak selamat
- Kejatuhan harga bijih timah pada 1980-an
Istana Raja Bilah: Permata Tersembunyi
Yang paling menarik perhatian saya adalah Istana Raja Bilah – sebuah rumah agam kayu dua tingkat yang siap dibina pada 1896. Istana ini bukan sekadar kediaman, tetapi berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan tempat pertemuan masyarakat Mandailing dan Muslim di Kinta Barat.
Mengikut pakar sejarah Abdur-Razzaq Lubis, istana ini sebenarnya berfungsi seperti “Sapo Godang” (rumah persidangan) dalam budaya Mandailing, bukan “Bagas Godang” (kediaman raja). Raja Bilah dan keluarganya tidak pernah tinggal di sini, tetapi menggunakannya untuk majlis perkahwinan, perayaan dan mesyuarat komuniti, terutamanya selepas solat Jumaat di Masjid Lama Papan.
Tak silap saya Rumah Agam ini masih mempunyai waris.
Kenapa Papan Perfect untuk Street Photography?
Bagi saya, saya boleh katakan Papan adalah syurga tersembunyi untuk street photography. Inilah sebabnya:
1. Atmosfera Unik yang Tidak Boleh Ditiru
Papan memberikan anda peluang untuk menangkap:
- Kedai-kedai lama yang berusia lebih 100 tahun dengan tekstur dinding yang menawan
- Pokok-pokok banyan yang menembusi dinding konkrit – visual yang sangat dramatik!
- Interaksi antara alam semula jadi dengan struktur manusia
- Cahaya yang menarik melalui ruang-ruang terbuka dalam bangunan
2. Cerita Visual yang Kaya
Setiap sudut Papan mempunyai cerita:
- Istana Raja Bilah – tangkap keagungan seni bina Mandailing
- Kedai-kedai terbiar – dokumentasikan bagaimana masa mengubah segala-galanya
- Rumah Sybil Kathigasu – tempat seorang nurse pemberani membantu pejuang kemerdekaan semasa zaman Jepun
- Masjid Lama Papan – salah satu masjid terawal di Perak dengan seni bina unik
3. Penduduk yang Masih Tinggal
Walaupun dipanggil “bandar hantu”, Papan masih mempunyai sekitar 200-300 penduduk yang kebanyakannya masyarakat Cina yang berusia. Anda boleh dokumentasikan kehidupan harian mereka yang simple namun bermakna.
Panduan Praktis untuk Photographer
Bawa camera basic saja supaya tak menakutkan orang. Bagus kalau ada wide angle 16mm. Terdapat pokok besar yang tumbuh di dalam kedai terbiar. Wide angle terbaik. Kalau tak ada pakai saja handphone whide lens.
Pakai pakaian yan selesa. Boleh jadi hujan, boleh jadi panas. Spray insect repellent sebab kawasan Istana Raja Bilah banyak nyamuk masa saya melawat.

Jangan sombong masa di sana. Penduduk sana yang kebanyakkannya berbangsa Cina friendly saja, tua atau muda. Boleh bersembang. Tapi mereka nampak macam dah terbiasa dengan tourist. Cuma ada 2-3 ekor anjing yang tak berapa friendly dari satu rumah tu. Tapi anjing tu hanya buat bising. Kalau anjing tu kejar jangan lagi.. cakap “stop! go back” berkali kali sambil buat insyarat tanya suruh balik. Anjing tu akan balik selepas 5-6 kali suruh dia balik.
Masa Terbaik untuk Shoot:
- Golden Hour (8:30-9.30 AM) – cahaya lembut untuk architectural details
- Selepas hujan – reflections pada jalan basah
Waktu petang saya tak sure sebab saya belum pegi.
Komposisi dan Teknik:
Untuk Architectural Photography:
- Gunakan leading lines dari struktur bangunan
- Frame shots menggunakan pintu dan tingkap terbiar
- Capture interaksi nature vs. manmade structures
- Focus pada details: ukiran, exture dinding

Untuk Street Photography:
- Dokumentasikan daily life penduduk tempatan
- Capture generational contrast – golongan tua dan muda
- Wide shots untuk context, close-ups untuk emotions
- Tunggu “decisive moments” – seperti elderly walking past old shophouses
- Kalau confident shoot orang tua dalam kedai kopi
Checklist Photography untuk Papan:
Must-Have Shots:
- Gerbang Istana Raja Bilah
- Keseluruhan Istana
- Main street dengan row of shophouses
- Banyan tree growing through building walls
- Interior shots kedai-kedai terbiar – masuk ikut belakang Tourist Information Centre
- Elderly locals dalam daily activities
- Masjid Lama Papan
- Golden hour dan silhouette buildings
- Rumah kayu di bahagian belakang deretan kedai
Tips Keselamatan dan Etika
Keselamatan:
- Jangan masuk ke dalam bangunan yang tidak stabil
- Berhati-hati dengan papan kayu yang reput
- Bawa insect repellant
- Jangan naik tangga ke bahagian atas bangunan terbiar – dah reput
- Bawa air dan snacks – limited facilities di Papan
- Kerap baca 3 Qul dan ayatul kursi – tempat lama kan
Etika Photography:
- Hormat privacy penduduk tempatan
- Minta permission sebelum photograph orang
- Jangan sentuh atau rosakkan property bersejarah
- Leave no trace – buang sampah dengan betul
- Share location responsibly di social media
Cerita Visual Yang Boleh Anda Kongsi
Melalui foto-foto dari Papan, anda boleh ceritakan:
- “Masa dan Tempat” – bagaimana masa mengubah sebuah bandar
- “Kegigihan Manusia” – penduduk yang masih bertahan
- “Alam Mengambil Kembali” – proses reclamation oleh nature
- “Heritage vs. Modernisation” – what we gain and lose
- “Silent Stories” – building facades yang menyimpan sejarah
Logistics:
- Papan terletak 30 minit selatan Ipoh
- Parking terhad – park responsibly. Better parking depan dewan orang ramai atau bawah pokok depan sekolah cina. Jangan parking depan bangunan terbiar, pemandangan tak cantik untuk shooting.
- Bawa cash – limited card acceptance
- Fuel up di Ipoh before departure
Mindset:
- Datang dengan respect untuk history dan community
- Be patient – good shots memerlukan masa
- Expect the unexpected – setiap kunjungan ada discoveries baru
- Document responsibly – think tentang impact stories anda
Kesimpulan
Alhamdulillah, lawatan ke Papan telah membuka mata saya tentang kekayaan heritage photography di Malaysia. Tempat seperti ini mengingatkan kita bahawa setiap bangunan, setiap jalan, setiap sudut mempunyai cerita yang menunggu untuk diceritakan.
Sebagai photographer, tanggungjawab kita bukan sekadar ambil gambar cantik, tetapi untuk mendokumentasi dan berkongsi stories yang meaningful. Papan memberikan kita peluang untuk menjadi visual historian – menceritakan kisah masa lalu sambil mendokumentasi masa kini.
Pesanan terakhir: Jangan biarkan places seperti Papan dilupakan. Melalui photography dan storytelling, kita boleh memastikan stories ini terus hidup untuk generasi akan datang.
Antara traveller yang membuat dokumentasi video yang agak comprehensive tentang papan ialah:
Keywords: Papan Perak, street photography Malaysia, heritage photography, Istana Raja Bilah, ghost town photography, architectural photography Malaysia, Perak tourism, photography tips Malaysia, heritage conservation, Mandailing history
Tags: #PapanPerak #StreetPhotography #HeritagePhotography #MalaysiaPhotography #IstanaRajaBilah #GhostTown #ArchitecturalPhotography #PerakTourism #PhotographyTips #HeritageConservation #MandailingHistory #Photography #Malaysia #Perak #Heritage #neurmaya #azamneurmaya




















