3 Peranan Jurufoto Yang Bekerja Dalam Team

Peranan Jurufoto Yang Bekerja Dalam Team

Sebagai seorang jurufoto, anda untuk mendapat coverage yang lengkap, kita tidak dapat memikul tugas itu keseorangan. Tak perlu kita lihat job wedding sahaja, job job seperti mengambil gambar permainan golf bagi sebuah company juga memerlukan jurufoto bekerja dalam team di mana setiap orang mempunyai peranan masing-masing.
 

Neurmaya-academy-bekerja-di-dalam-team2-2

Peranan setiap jurufoto dalam team berbeza bagi jenis job yang berbeza.
 
Pembahagian tugas mengikut jenis lensa yang digunakan. Sebagai contoh, dalam satu wedding yang besar, main fotografer akan menggunakan lens standard manakala 2nd fotografer akan menggunakan tele seperti 70-200. Hal ini kita lakukan bukan sahaja untuk mempercepatkan proses, malah dapat menjimatkan tenaga seterusnya mengurangkan penat lelah atas bahu main photografer. Pelanggan juga akan mendapat kepelbagai gambar dan dari sudut yang berbeza.
Saja tugas berdasarkan apa yang hendak di Shoot. Kita boleh juga membahagiakan tugas berdasarkan contohnya main fotografer akan mengambil gambar pengantin sahaja dan 2nd fotografer akan mengambil gambar ibu bapa dan hadirin.
Detail Shot. Kami pernah memberikan peranan kepada fotografer ketiga untuk mengambil gambar art dan detail sahaja seperti dekorasi, close-up, lensa fish eye dan mengambil gambar group photo sahaja. Terpulanglah kepada setiap projek ataupun kehendak pelanggan.
Neurmaya-academy-bekerja-di-dalam-team3

Kesimpulan

Ketua jurufoto seharusnya mengambil peranan dalam membaca event tersebut dan akan membahagikan tugas-tugas kepada para jurufoto dengan sebaiknya untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil terakhir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart