Fotografi perkahwinan sebenarnya adalah satu bidang fotografi yang paling ramai orang ceburi. Sebabnya? Selain ia boleh jadi satu jenis side income yang orang kata boleh tahan lah. Bila anda kerja dengan konsisten dan selalu hasilkan gambar yang berkualiti, anda boleh jana pendapatan yang boleh cover serba sedikit perbelanjaan kehidupan anda. Walaupun ekonomi tak menentu, orang tetap akan berkahwin, kan? Dan mereka perlukan jurufoto untuk rakam detik-detik bahagia mereka. Tapi, sebelum anda terjun ke bidang ni, ada beberapa perkara yang anda kena tahu. Ini bukan kerja yang mudah, jadi kena betul-betul bersedia dari segi ilmu, mental, fizikal dan sedikit modal asas.
Namun, bagi yang mempunyai perancangan untuk masuk ke dalam bisnes ini, ada 7 tips beginner dalam fotografi perkahwinan yang harus anda ketahui.
1. Fahami Kepentingan Tugas Anda Kepada Pasangan Pengantin
Anda kena faham, perkahwinan adalah salah satu momen terpenting dalam hidup seseorang. Hari perkahwinan ni tak boleh diulang, jadi gambar-gambar yang anda ambil ni akan jadi kenangan abadi untuk mereka. Kalau anda masih baru dalam bidang ni, atau tak rasa cukup yakin, saya nasihatkan jangan terus ambil job. Pastikan anda betul-betul bersedia dari segi ilmu dan latihan. Tak ada ruang untuk kesilapan besar sebab ini tentang kenangan hidup orang lain. Kalau gambar yang penting-penting tak jadi, memang “jasa” anda akan diingat sampai mati. Jadi kalau ada masih baru, kalau boleh anda follow lah senior-senior yang ada dalam bidang ini. Jangan malu malu untuk minta tolong daripada mereka. Janganlah awal-awal anda minta payment. mereka benarkan anda ikut pun dah kira cukup bersyukur dah.
Peringatan di sini bahawa hasil daripada gambar-gambar yang anda follow senior ini, bukan untuk anda buat sample album ataupun bukan untuk anda upload dalam Instagram dan mengatakan mengatakan ini job anda. Ini adalah salah dari segi moral. Anda follow untuk anda practice.
Jadi dari mana nak datang sample album anda yang pertama? Sample album yang pertama ini datang daripada anda offer kawan-kawan anda yang nak kahwin dengan bayaran yang paling minimum, contohnya kawan anda hanya bayar harga album saja. Kalau boleh bayaran tu lepas untuk print dua biji album. Satu untuk kawan anda dah satu untuk buat sample album anda. Ulang buat sampai lima kali.

2. Sediakan Senarai Gambar Wajib
Okey, ini satu tips penting – pastikan anda ingat senarai gambar wajib yang perlu dirakam. Sebagai beginner dalam fotografi perkahwinan, kadang-kadang kita boleh terlepas momen penting kalau tak plan betul-betul. Saya nak kongsikan 15 gambar wajib untuk setiap perkahwinan:
- Persiapan pengantin
- Gambar aksesori pengantin sebelum dipakai
- Gambar pengantin lelaki dengan rombongan
- Di saat akad nikah
- Detik pertukaran cincin
- Setiap reaksi pengantin semasa upacara
- Gambar dekorasi dan suasana majlis
- Ketibaan tetamu
- Close-up cincin dan hantaran perkahwinan
- Potongan kek
- Candid tetamu
- Momen bersanding
- Suasana di meja makan utama
- Group Photo
- Posing pengantin
Daripada 15 gambar wajib ini, boleh pecahkan kepada beberapa pecahan kecil lagi sehingga menjadi senarai ini panjang sehingga 50 ke-60 jenis gambar. jikalau anda lebih kreatif, silap-silap lebih daripada 100 pun anda boleh dapat. Senarai ini bergantung kepada anda untuk siapkan sebab ini adalah untuk rujukan anda berdasarkan style, kreativiti dan mungkin ada “trademark” short anda. Kreativiti perlu banyak rujukan dan latihan.

3. Kreativiti adalah Kunci
Dalam fotografi perkahwinan ni, kreativiti anda akan buat hasil kerja anda menonjol. Anda wajib, bukan harus lagi pandai guna teknik framing, kreatif dalam mencari angle yang menarik, dan kreatif dalam aspek penggunaan pencahayaan semula jadi sebagai asas. Kreativiti ni yang akan buatkan gambar-gambar anda jadi lain daripada yang lain. Pengantin pasti akan lebih teruja kalau mereka dapat gambar yang unik dan berkualiti tinggi. Jangan takut untuk eksperimen dengan idea baru!
So bagaimana cara nak jadi kreatif? Sebagai beginner dalam fotografi perkahwinan, anda cuba senaraikan 10 jurufoto perkahwinan yang anda rasa menarik di hati anda, anda minat sangat dengan kerja mereka. dari sini ada mula meniru serba sedikit tentang style mereka. Banyak teknik yang anda akan pelajari dengan cara ini.
Apabila anda sudah mahir terpulang kepada anda untuk menukar kepada style anda sendiri.

4. Kemahiran Komunikasi yang Baik
Tak semua orang suka bergambar, tapi sebagai jurufoto, tugas anda untuk buat tetamu rasa selesa. Komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat masa majlis penting. Kalau tiba masa untuk ambil gambar group photo, anda harus pandai susun mereka dengan cara yang baik dan buat suasana jadi ceria. Lagi bagus kalau anda pandai berinteraksi, emosi orang tu akan tercermin dalam gambar dan hasilnya pasti lebih baik.
Ada pasangan pengantin yang memang jenis tak ceria atau salah seorang saja jenis ceria. Yang sorang lagi bangsa serius memanjang. Jurufotolah berperanan untuk membuat suasana menjadi meriah dan gambar yang dihasilkan menarik. Gambar yang boring akan dihasilkan oleh jurufoto yang boring.
Jurufoto harus juga friendly dengan semua orang. Jika anda jenis manusia yang berat mulut dan tak suka bercampur, mungkin wedding photography bukan untuk anda.

5. Pelajari Ilmu Bisnes
Ini perkara yang ramai jurufoto abaikan – jurufoto ramai yang tidak menjalankan bisnes ini sebagai satu bisnes – belajar bisnes! Jangan hanya fokus pada teknik fotografi semata-mata. Anda kena tahu tentang branding, marketing, dan pengurusan kewangan. Ramai yang gagal dalam bisnes sebab mereka tak pandai urus perkara-perkara yang disebutkan ni. Anda boleh jadi jurufoto terbaik di dunia, tapi kalau tak pandai market diri sendiri, bisnes tak akan bertahan lama. Jadi, sebagai beginner dalam fotografi perkahwinan, anda ambil masa untuk belajar selok-belok bisnes sebelum bisnes anda menjadi besar dan ketika itu anda akan menjadi terlalu sibuk untuk masuk kelas.
Hakikat sebenarnya, seorang jurufoto perkahwinan lebih banyak editing dan buat kerja-kerja busines berbanding shooting.
6. Gunakan Peralatan Kamera yang Sesuai
Dalam fotografi perkahwinan, peralatan yang anda guna memang memainkan peranan penting. Saya cadangkan anda guna kamera DSLR atau mirrorless yang berkualiti. Buat masa ni anda boleh dapat kamera DSLR dengan harga yang sangat murah. Contohnya Canon EOS 6D dengan harga kurang RM1500. Selain tu, anda perlukan lensa yang sesuai. Lensa 24-70mm sangat berguna untuk gambar umum, dan lensa 50mm f1.8 STM(untuk yang budget) untuk dapatkan gambar belakang “blur” seperti yang diidam-idamkan oleh pengantin. Lens ini boleh dapati dengan harga kurang daripada RM 500. Kalau ada duit lebih boleh ambil 85mm untuk potret yang cantik. Jangan lupa tentang flash atau speedlight. Saya cadangkan beli flash Godox 860 V860II yang second hand dengan 2 biji bateri permulaan. anda boleh dapat harga flash ini sekitar RM500 ke bawah.
Walaupun anda beginner, saya cadangkan anda terus guna fullframe camera berbanding APS-C. Lebih jimat dari segi jangka panjang.

7. Persediaan Diri dan Peralatan
Yang terakhir, jangan lupa untuk buat persediaan diri yang cukup. Pastikan anda dapat rehat yang secukupnya sehari sebelum majlis. Kalau tak cukup tidur, badan anda akan rasa letih dan otak kurang kreatif. Bila anda lesu, gambar pun mungkin tak seperti yang diharapkan.
Selain tu, periksa peralatan anda sehari sebelum majlis. Pastikan bateri kamera penuh, kad memori ada cukup ruang, dan semua peralatan berfungsi dengan baik. Tak ada perkara yang lebih gabra dalam hidup melainkan apabila anda sampai di rumah pengantin bateri lupa nak cas ataupun bateri tak bawa. Percayalah saya dah kena.
Jangan lupa buat ulang kaji tentang gambar-gambar yang anda nak hasilkan. Rancang shot list anda dan tengok contoh gambar dari jurufoto lain untuk inspirasi. Mungkin anda tak dapat buat semua, tetapi kalau ada boleh buat dalam dua atau tiga dah jadi pulak tu, itu pun sudah kira cukup baik.

Kesimpulan
Fotografi perkahwinan adalah satu bidang yang menarik dan menguntungkan, tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi. Anda perlu bersedia dari segi kemahiran teknikal, kreativiti, dan ilmu bisnes. Jangan pandang ringan kerjaya ini, kerana menjadi jurufoto perkahwinan yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan. Pelajari dan asah kemahiran anda, dan pastikan anda memberikan hasil terbaik untuk setiap majlis yang anda sertai. Semoga 7 tips beginner dalam fotografi perkahwinan bermanfaat untuk anda.
Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut tentang tips atau kelas fotografi perkahwinan, kami sentiasa bersedia membantu anda menuju kejayaan dalam bidang ini.

Shoot with Canon EOS 30D + 70-200mm f2.8 tahun 2006 (1/200 at 200mm, f2.8)
Keywords: Tips fotografi perkahwinan, kelas fotografi perkahwinan, jurufoto perkahwinan pemula, peralatan kamera perkahwinan, wedding photography tips Malaysia, kelas fotografi wedding, beginner fotografi perkahwinan.




